Sunday, April 27, 2014

Hidupkan budaya membaca

Membaca merupakan salah satu aktiviti yang sangat perlu dan sangat bermanfaat bagi membangunkan minda.


enaknya buku!

Hasil kajian profil membaca rakyat Malaysia oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 1996 itu tidak banyak berubah apabila perangkaan tahun 2005 mendapati hanya 10,310 judul buku dalam pelbagai bidang didaftarkan setahun, berbanding 180,000 judul di China, 116,000 judul di United Kingdom, 60,000 judul di Amerika Syarikat dan 45,000 judul di India.
Purata dua naskhah buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia dalam tempoh setahun itu pula adalah bahan bacaan santai berupa komik, majalah dan akhbar.
kredit

Agak mengejutkan sebenarnya apabila kita dapati melalui  sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2005 menunjukkan rakyat Malaysia membaca purata hanya dua buah buku setahun dan semakin mereka berusia, semakin kurang mereka membaca.

Alangkah seronoknya kalau kita boleh jadikan budaya membaca sebagai aktiviti wajib yang tidak boleh kita tinggalkan sebagaimana kita tak boleh tinggalkan makanan untuk hidup!